Wednesday, July 27, 2011

HIDUP IBARAT KOMUTER . .

hidup ni sebenarnya sama saja dengan naik komuter atau LRT. kita menunggu dan apabila sampai di depan mata, semua berasak-asak mahu menyelinap masuk ke dalam. hidup ini satu perjuangan, satu perlumbaan. yang mana kuat dan berani ke depan, dia yang akan berjaya, atau berjaya terlebih dahulu, meninggalkan insan-insan lemah dan kerdil di belakang, yang hanya mengharapkan ihsan dan nasib. dan sepanjang perjalanan, kita bertemu dan mengenal pelbagai jenis orang. walau hanya sekadar dari pemerhatian, kita masih mampu mengenal seseorang. sifatnya, gayanya, caranya, malah mungkin, pekertinya. dalam gerabak itu, sepanjang perjalanan itu, ada yang memandang ke luar gerabak, menikmati panorama alam, merenung masa depan, merencana kehidupan, mengenang kekhilafan, mengenang nasib diri, yang tak berkesudahan, yang tak berketentuan. tak lupa yang bergelut menahan kerut, lantaran dihimpit manusia yang ada kalanya cuba mengambil kesempatan.  ada yang tekun membaca, ada yang bersuara girang di talian bagai temannya di sana pekak tidak mendengar, ada yang asyik melayan irama hidangan halwa telinga, malah ada juga yang menangis meratapi duka mengubati luka. ah,MANUSIA TERLALU PELBAGAI CARA UNTUK DICERITAKAN.. dan kenderaan bergerabak panjang itu, berhenti di setiap perhentian, di mana manusia keluar dan masuk silih berganti. seperti HIDUP KITA YANG AZALI, kita BERTEMU DAN BERPISAH,  .. hujan menjerit, "TEMAN DATANG DAN PERGI, HATI BERSEPAH BAGAI MEMORI". duta so7 pula membalas, "SEMINGGU, SETELAH KAU PERGI, TEMAN SILIH BERGANTI, MENGHIBURKU". nah, satu di Jakarta satu di kota Lumpur. namun kedua-duanya berkongsi rasa yang sama, cerita yang sama. manusia datang dan pergi silih berganti. KENAPA?????? kerana itu HAKIKAT HIDUP KITA,, SEMUA SAMA,,TIADA BEZA...

itulah hidup macam LRT kan . .hidup ini ada penghujungnya. WALAU MACAM MANA kita cuba untuk tidak berhenti dan meneruskan perjalanan, sampai satu masa, sampai satu ketika, kita akan berhenti, terhenti, mati.


kau mengajar aku erti dewasa. dalam hidup, kita boleh bersendiri, tapi jangan menyendiri. ya, ada kala kita perlu masa untuk diri sendiri, namun hakikat sebuah kehidupan, setiap orang perlu berteman, perlu kawalan. MUKA BAIK,XSEMESTINYA BAIK,,MUKA JAHAT,XSEMESTINYA JAHAT..
hidup, mesti diteruskan.
hidup, selagi dibenarkan Tuhan.
hidup, bekalkan aku pengalaman..


hidup ni tak mudah awak,,tapi awak boleh permudahkan..semoga hiidup awak gembira! :)

                                  


cik iera | masih di sini
http://cikieracantik.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...