Monday, November 14, 2011

jagalah hati..

‎~✿..Bertudung labuh atau tidak, berkopiah atau tidak, bersongkok atau tidak, berjanggut atau tidak, berserban atau tidak..BUKAN maknanya NILAI ISLAMI itu maju menggunung..berjeans, bertali leher juga bukan ukuran IMAN..Islam TIDAK SEMUDAH itu yang MENILAI pada baju, tetapi dinilai jauh ke satu keping daging yang berada jauh di dalam badan insan, iaitu HATI..tempat yang TIDAK akan pernah MENIPU, walau sekali..✿~

>>> Tiap satu MUSLIHAT, buruk atau baik..pasti akan TERUNGKAI bila tiba masanya..apa yang penting, PINTALAH Pada Yang Maha Tahu agar dirimu tidak menyalurkan tenaga, harta, masa dan nyawa pada yang SALAH sekaligus MEMBUNUH pada yang LAYAK..(✿◠‿◠)

Wednesday, November 9, 2011

Tapi betul ke cinta adalah cinta? atau cinta adalah nafsu?

 Bagi cik ira cinta tu perasaan dan cinta jugak adalah fitrah manusia. kalau tak ada perasaan tak adalah cinta. memanglah. dan adalah tak normal bagi manusia untuk tidak mahu bercinta ataupun secara terang-terangan menolak. betul tak? 


 Secara faktanya kita memang tak boleh nak menolak cinta yang datang kepada kita. melawan fitrah namanya.


 Tapi sejauh mana kebenaran cinta yang datang mengetuk pintu hati kita tu? adakah cuma menyinggah? merosak? ataupun terus kekal hingga ke akhir hayat?

 Cinta yang menyinggah.

 Pada pendapat cik ira cinta macam ni paling bersepah dan senang untuk dicari. pasangan yang terhegeh-hegeh mengejar cinta macam ni cuma sekadar nak mengisi kekosongan yang membelenggu diri je tak lebih daripada tu. cinta macam ni hadir pun disebabkan faktor persekitaran. faktor persekitaran? macam mana tu?


 Sifat cemburu dan iri hati melihat pasangan lain yang sedang bercinta merupakan salah satu daripada faktor persekitaran tersebut. jangan tipu lah. mesti ada punya. betul tak? hati tu mesti rasa tak senang duduk bila tengok kawan bukan main mesra melayan karenah pasangan masing-masing walau cuma berbual kosong ataupun sekadar membalas pesanan ringkas dekat dalam henpon. kan? kalau betul kasi jatuh you punya kapala. keh3.


 Diorang pun lebih kurang  je. ada yang tak sampai sebulan bercinta dah putus. alasan dia? cepat bosanlah tak ada komitmenlah. lepas tu kemain cepat cari pengganti. tak lain tak bukan sebab nak isi kekosongan dalam hati lah tu. 


Perangai macam haram.

Cinta yang merosak

 Cinta jenis ni adalah cinta yang paling jijik dan keji yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata. matlamat cinta macam ni hanyalah untuk melempiaskan nafsu serakah masing-masing. jangan pulak babitkan hanya lelaki dalam isu macam ni. lelaki perempuan sama je. kalau si perempuan tak menolak. boleh jadi ke? betul tak? ke ada alasan munasabah yang lain yang boleh diketengahkan bagi menyakal pendapat cik ira ni?


 Ikrar janji sumpah setia serta rela berkorban apa saja..Habis madu sepah di buang. lepas tu masing-masing nak menyalahkan antara satu sama lain. yang jadi mangsa anak dalam kandungan. lebih zalim lagi anak tersebut digugurkan atas alasan anak luar nikah. time tengah seronok naik sheikh tak ingat pulak yang dia nak buat anak luar nikah?. dah lah penzina pembunuh pulak tu. nazubillah min zaliq.


 Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Cinta yang kekal

 Cinta yang ditagih oleh setiap manusia. bukan cik ira sendiri je tapi cik ira rasa semua orang nak steady relationship yang berterusan hingga ke akhir hayat dan bukannya relationship yang terumbang-ambing dan akhirnya menjadi relationshit. betul tak? sangat tahi busuk pulak tu. eh eh ade baulah. keh3.


 Cinta macam ni pulak bukan macam cinta muka buku tu. kau hantar pesanan suruh terima aku bagai. tapi cik ira layankan jugak lagu Najwa Latif tu. ahah kantoi sudah!


 Cinta yang perlukan pengorbanan serta kesabaran dalam erti kata lain cinta jenis ni adalah jodoh yang telah ditentukan Allah s.w.t. Jodoh ni pulak bukan macam mee segera dua minit tunggu dah siap. kan? it happens spontaneously lah dan kita tak jangka pun jodoh kita tu siapa? padahal jiran sebelah rumah yang tak pernah bertegur sapa. keh3.


 Even i leb yu. yu leb ai. even bercinta bagai nak rak sekalipun. even lama macam mana sekalipun kita bercinta. kita? gedik lettew. kalau bukan jodoh nak buat macam mana kan? redha je lah.

 Kesimpulannya definisi cinta bagi cik ira adalah ''cinta urusan hati dan hati urusan Allah'' dan tak payah nak kusut-kusut soal cinta dan jodoh ni. sedangkan hati nabi Adam a.s mudah dibaca inikan pula hati hamba-Nya. keep calm and believe in Allah.

 Cinta ni tak boleh dipaksa sampai masa dia datang dengan sendiri. 


















Monday, November 7, 2011

LIKE...

~✿..Menjadi mawar berduri itu LEBIH BAIK daripada bunga-bunga tidak berduri yang boleh DIPEGANG sembarangan..jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi, sayang tidak berduri..apabila tiada duri, tiada lagi BENTENG yang boleh melindungi KEINDAHAN si bunga daripada sewenang-wenangnya DIDEKATI sang kumbang..lantas, TERCEMARLAH keindahan dan MURAHLAH nilainya..✿~

Duri mawar itulah ditasbihkan dengan PERBATASAN AURAT, AKHLAK dan AL-HAYA'..
 

>>> MUSLIMAH SEJATI bukan hanya untuk dipermain-mainkan..bukan hanya untuk dijadikan SANDARAN sementara..tetapi, untuk dijadikan INSAN yang menjadi contoh kepada semua…(✿◠‿◠)
Wah...mlm ni cik ira tibe2 lak nk mengupdate blog ni n nk share adikit ayat dgn pengikut2 cik ira ni..hihi hope ayat tu ley jadi inspirasi buat kaum2 hawa di luar sane :)
 

Tuesday, November 1, 2011

malas nak care!!

haiiii follower2 cik ira..ngee:) tajuk 'malas nk care??? msti tye knp kan..a'a malas nk care bile fb kne hack!! so phm2 la dah x boleh bukak :( xtau la dajal mane punya angkara..hope kwn2 cik ira kt fb gula gula kapas yg dp cik ira pakai selendang itam tuuuuuu add la fb baru cik ira ni.still nama Gula Gula Kapas.knp ltk nme tu????? haha dri sem1 lagi kt kolej org knl cik ira ni dengan Gula Gula Kapas tu..so rasa mcm xnk tukar je name sweet tu..hahaha cam cik ira sweet + sour...ckp aku perasan ea???igt aku heran?hahaha nope2 gurau je...xpe,,walaupun fb dah x nk care but blog ni still cik ira care ag :D 
                                    

Saturday, October 29, 2011

sibuk memanjang. .

29/10/2011 bru la cik ira ada masa nk update blog ni dengan entry2 yg lain.Perasan x tajuk entry ni??a'a sibuk memanjang cik ira skrg ni..almaklumlah tgh belajar jadi seorang pkerja :) ni pon sebab ramai yg bertanya cik ira x reti2 nk update ke blog ni!! hahahaha  marilah baca, cik ira nk mengarang sikit ni. Ni pon cik ira baru sampai rumah td outstation ke jengka sbb ade event JOM COLLECT TM kt sane.pnt x???penat weyhhhh!! g setiap rumah customer yg xreti2 nk setelkan bayaran untuk FA account alaaa mcm da potong but still ade sisa baki hutang la.,, klu bm die account penamat la.haaa kiteorg nk tutup terus akaun korang yg xreti nk setelkan tu!! kiteorg bkn along ea kite adalah staff TM yg sah :) huh sape2 yg x setel ag tu tolong la setelkan..suka ke kiteorg mnx duit?xsuka kan!! haaa tau pulak nk marah bile org collect kt rumah..ade smpai malu la nk2 makcik2 yg suka buat ketupat dpn rmh tuuu tibe2 staff tm dtg nk kutip utang..haaaa hahaha malu muka kan,.igt kiteorg suka ke g rumah2 ni..pnt tau x kuar 100x sekejap keje nk ketuk pintu umah korang then nk cari rumah korang ag.bkn satu dua ni skali  list 50 xmuntah nak cari!dgn rmh ade xltk no la..xde lorong la.. nk tgk ke gambar???nnti cik ira letak ea jgn isau :) skg cik ira pnt ag dgn report x buat ag so harap korang bsabar ea:)
k la nnti ade masa cik ira update k n letak la gambar2 yg korang teringin nk tgk tuuuu:) nk ikotkan ati byk ag nk ngarang ni tp mata ni dah nk melekat dua da T.T...hehehehe assalamualaikum ^.^

Thursday, October 20, 2011

pelik..

20/10/2011..khamis..
ada masa lagi utk berentry.. berentry mesti ade yg x kena kan :)sedih sgt2... pelik kan..kite student pon ade orang nak jeles + dengki.yg dengki pulak tu org yg bertaon2 kerja..nk nangis pon ade tpi bile fikir jns org mcm2 ragam ade..ade yg xblh tgk org lain senang n lebih ckit mula la mcm2 ckp..percaya lah allah da tetapkan n tentukan rezeki msg2..wahai makcik ape lagi yg awk nak haaaa,,klu mcm tu la prangai awak,,xkan kemana jugak awk tu..w'pon ilmu awk tu setinggi langit pon xperlu nk memandang rendah dkt org yg awk anggap x sehebat mcm awk.. semua same je mula pon dri bwh jugak.klu mcm tu la prangai awk..xkemana jugak awk tu nnti.bangga la dengan phd,degree awk tu tp apa pon x blh.

Tuesday, September 20, 2011

"Membaca kuntum cinta di taman syurga bagai tercium aroma magisnya..seolah2 tumbuh sepohon jihad yg mrendang,pucuk menyulur jurai dengan suluhan cahaya....

percayalah ..

Bukan semua yang kita mahu kita akan dapat,ketahuilah bukan semua yang kita tidak dapat itu adalah bala pda kita..
p/s : selepas ni cik ira harap semua berubah ea tafsiran tu .. 
 

sedarlah ...

trust la .."dunia bersifat sementara,maka kebahagiaan yang dikandungnya juga sementara,,sebaliknya akhirat bersifat abadi,maka kebahagiaan yg dikandungnya juga abadi...
 
 sedar lah ..bahawa kita ni hanya sementara di bumi ini...
 
 

Monday, September 19, 2011

PERBEZAAN ..

asslamualaikum ...=.=

hari ni cik ira ade mase lagi nk berentri n nk share maklumat dgn pengunjung blog cik ira ni =)
tajuk pon dah perbezaan kan maknenya ade la perbezaan yg cik ira nak cerita kt sini iaitu perbezaan antara lelaki dan perempuan ,, ok,,bukan ape bila kita dah tahu perbezaan ni senangla sikit kita nk menerima x lah nanti asek bertekak n bergaduh je ~

1) Minta Pendapat : wahai org perempuan semua sedarlah yg org lelaki ni sgt ego!!! bkn mudah mereka2 ni menerima pertolongan dan pandangan terutama dari kaum hawa ni.
sebaliknya......
kaum hawa mudah menerima pertolongan dan pandangan nak2 la dari orang yg mereka suka..BEZAKAN!!!!

2) Sikap Mengalah : si lelaki anggap klu mengalah ,,mcm xde maruah pulak.
sebaliknya....
kaum hawa kalau mengalah anggap sebagai sayang dan pengorbanan ..PELIK!!!

3) Perspektif kejayaan : lelaki ni kalau anggap dorang dah berjaya ,,suka nilai melali hasil atau prestasi nak tengok seketul depan mata
sebaliknya....
kaum hawa pula menilai melalui perasaan dan kualiti hubungan dengan manusia expecially de=gn org yg paling sayayng..GEDIK PULAK!!

4) Urus Stress : lelaki kalau dorang stress ade masaalah ke dorang suka duduk senyap2 duduk sorang2"konon klu cerita dekat perempuan x macho la"
sebaliknya...
kaum hawa kalau boleh nk cerita satu dunia nak minta simpati la kot. kalau x cerita dorang rase mcm ade gajah dalam hati n kepala..PELIK!!!!

5) Emosi : lelaki kalau emosi dia macam getah sekejap je
sebaliknya...
kaum hawa emosi macam tsunami dah lu lambat pulak nk  baik..MACAM2!!!

6)Cara beri arahan : lelaki klu beri arahan selalu ala2 kononya die tu berkuasa w'pon kt umah . bini die lagi byk duit dari die'koya cikit'
sebaliknya...
kalau kaum hawa pulak tak suka beri arahan tapi suka berleter sampai la puas hati..AISHHH!!!







                           

Thursday, September 15, 2011

Wahai wanita solehah..

 

Jangan risau akan jodohmu,

kerana muslimin yang bijaksana itu,

tidak akan terpaut pd wanita hanya kerana kecantikan

atau lirikan senyum,

pada bicara manja yang mengoda,

atau pada pujuk rayu seorang wanita yang

meruntuhkan imannya,

 

Sesunguhnya lelaki itu adalah peminpin kepada wanita,

andai belum sampai jodohmu,

anggaplah bahawa lelaki yang sedang engkau nantikan itu,

sedang menbina sahsiah kepimpinan dirinya,

bagi memimpin dirimu.

 

Kerana pada wanita itu,

pasti ada kekurangan dan kelak

lelaki yang benar-benar layak

pasti akan hadir untuk melengkapkan

kekuranganmu~

Wednesday, September 14, 2011

terima kasih ya allah . .

Terima kasih kepada ALLAH S.W.T yang MENATANG angin lembut segar serta nyaman... Terima kasih kepada ALLAH S.W.T yang membawa sinar terang hingga boleh membaca serta mencatat ilham untuk menulis beberapa rangkap ucapan Terima kasih dan selaut kesyukuran kepada TUHAN yang telah membenarkan aku hidup sehari lagi PADA HARI INI....

SEMOGA HARI2 YG MENDATANG MENGUNDANG BERIBU SYAFAAT DARINYE. AMINNYARABBALALAMIN.....

SALAM ..



setelah kecewa demi kecewa cik ira lalui...tak pula ader rase putus asa tuk mengenali. setiap kecewa adernyer perubahan ...setiap perubahan demi perubahan...make sure ianyer positif alhamdulillah ALLAH s.w.t semamang nyer maha pengampun,maha pengasih,maha penyembuh hidup mati ku hanyer kerana ALLAH s.w.t....
setiap hari ira berdoa diampunkan dosa,diberi kesejahteraan,diberi kesihatan yg baik diberi kekuatan,kesabaran,ketabahan, dan diberi jodoh yg boleh membimbing ira dunia akhirat.sentiasa berputik dengan mekar dan harum....cintai la kerana ALLAH S.W.T " semoga ALLAH S.W.T berkati jodoh kiter....
YA ALLAH YA TUHAN KU AKU MEMOHON AGAR KAU PELIHARA LA HATI DAN PERASAAN KU INI UNTUK TERUS KEKAL MENCINTAI "??????????"

AMIN YA RABBAL ALAMIN.... (-_-)

doa . . ya allah

llahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau 


Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh 

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu 

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu 

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu 



ya allah aku jatuh cinta,,

cinta Ibarat Kupu-Kupu. makin kita mengejarnya, makin ia menghindar. tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduganya. cinta bisa menbahagiakanmu, tapi sering juga menyakitimu. namun cinta tu istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya. jadi tenang tenang saja, jangan terburu buru dan pilihlah yang terbaik

tiap hati aku jatuh cinta. cinta pada setiap ciptaan-Mu. hidup ku indah dengan cinta. tp allah, boleh kah aku meminta kepada-Mu, satu cinta dari kalangan ku yg mampu membawa aku bertemu dengan-Mu...?
ya allah tolonglah hamba mu yang ingin mencari cinta dan masih meraba raba mencari erti sebuah cinta..supaya untuk mencintai dan dicintai .. semoga allah kurniakan kan aku sebuah cinta. . . . 
AMIN , , , 

 

masa berentry :)

14/9/2011

hari ni cik ira dah knal dgn someone ni .. xperlu rasenya nk mention nme die dekat c ni ..ok, kenapa cik ira nak kenal die, sbb die ni jenis macam org berfalsafah + ade ciri2 yg cik ira nak :) .. cik ira suka org macam ni . asyik2 die n buku2 die n , kata2 hikmatnye .. ngee :) die xla nsem sgt tapi biase2 je .. orang nye x berlagak , xsombong .. sekarang die tgh mencari cinta .. cik ira harap awk dapat la ea wanita yg macam awk nak ... mesti untung kan gurl tu :) cik ira doakan untuk awk k .. insyaAllah pandanglah dengan mata hati awk .. mohonlah dalam setiap doa2 awk n cucilah mata awak dengan setiap titik air wudhuk .. insyaAllah .. pasti awk jumpa cinta awak tu k.hope awk dapat cinta yg terakhir .. :) thnx ea sebab bagi kata kata dekat cik ira ni .. thnx M......K....

Monday, September 12, 2011

rindu awak sgt

12/9/2011 @ 2.22am ..

wahh jam dah pukul 2pagi!! tapi cik ira ade mase lagi nk berentry .. ngee c(= .. entry kali ni bout jejaka F yg muncul seketika dlm idop cik ira tp meninggalkan kesan yang sangat2 dalam ..  mayb insan ni mempunyai ciri2 yg cik ira nak tp sayang sekejap je die singgah dekat hidup cik ira.. cik ira xtau siapa nk elak dari siapa .. pernah cik ira remove die dari friend list cik ira then die ckp cik ira nk memutuskan talian saudara dgn die ..huhu cik ira pon add la blik dgn sbb x mau putuskan talian saudara tu .. tp skg msg2 mcm mengelak .. ataupon ego?? cik ira pon xtau.pelik kan .. so sekarang cik ira nk lupakan die n anggap die hanya persinggahan sementara dari yang maha esa untuk cik ira .. sebab time die muncul pon time cik ira tgh melayan jiwa .. ngee =) ingat x "tuhan xkan bg ape yg kite harapkan tapi die beri time kite perlukan"... mungkinkan time tu cik ira memerlukan insan seperti die .. lalu muncul la die :) cik ira harap awk bahagia ea suatu hari nanti ,, thnx sebab awk muncul dalam hidup sy time sy memerlukan seseorang :) F ......F ...

Monday, September 5, 2011

suatu malam . .


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu??

Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab.

ya allah .. cinta ?


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.. Inilah dahsyatnya cinta..

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir..

amin ......

ceria semula ??

hari ni  cik ira ade mase lagi nk berentry so mesti ade something yang boleh cik ira diary kan dalam blog ni .. samaada sedih| gembira or sebagainya .. tapi hari ni cik ira nak berentry happy2 ckit kot setelah berbulan jugak lah cik ira x berentry sbb xade ape yang menarik berlaku dalam hidup cik ira untuk cik ira update dekat blog ni :) so hari ni cik ira nak berentry la .. kisah nya macam ni 2hb 9 aritu ade la cik ira knl dgn smeone ni..dekat mane??dekat muka buku la!! :) seriously la cik ira mmg xske lelaki yg nk brchatting2 dgn cik ira .. ikot la nk ckp sombong ke ape ke .. tp aw ade la sorang mamat ni .. nk ckp nsem biase je x la nsem sgt pon. tp xtau nape ati cik ira ni mcm nk tau je sal die ., serious cik ira mmg sush nk sayang n cinta kt org . bab jenis cik ira suka gelak2 so x pernah nk serious ..pelik kn kenal xsmpai sehari pon . aishhh ape la da jadi dengan cik ira ni ,, tapi cik ira x nk la menaruh harapan sgt ni .. sebab die pon da bkerja umo die pon dah matang so bile2 mase je la die ley menjadi suami orang .. hihi :) tapi ok la cik ira knl die .. cik ira xde la teringat kisah2 yang dah berkulat tu :) so cik ira da tambah seorang lagi la kawan cik ira .. thank ea cik F .. hope persahabatan kite diredhai.. amin (",)

SORRY TO SAY ...

hahahahaha kelakar kan .. awk dah ludah then jilat balik c(= awk igt sy ape? bola ke yang senang2 awk nk bela , jaga then awk bosan awk nk sepak? sorry saya ade maruah n pendirian ok . cukup la saya jage hubungan kite hanya 6bulan tu awak yang hancurkan . so awak rasa la ape saya rase .. dah la hati saya dah tertutup untuk brcinta . awak sendiri kenal saya macam mane kan ..airmata saya xkan keluar kalau saya xsayang kan someone tu . kan awk ckp sy keras kepala :) ok la ek sila pergi dari hidup saya .. saya xkan pandang belakang lagi ok . hidup must go on . awak cari la org len yang awak rase perfect di mata awk k :)
lepas saya kenalkan awk dekat family saya then awk nk saya kutip balik awk lps ape family saya tahu awk buat dekat saya?? sorry je saya boleh cakapkan .. :) awk bkn utk sy, n sy bkn utk awk ...

Thursday, August 4, 2011

cintailah kerana kekurangan . .

“cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”

"cintai kerana kekurangannya.."

p/s : xde yang perfect dalam dunia ni .. tapi yg xperfect akn jadi perfect but yg perfect akn jatuh .. nilai lah .

sebenarnya,, CINTA LEBIH DARI ITU . .

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta.Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini Pakar Cinta ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta dengan lebih lanjut.
whatislove Sebenarnya Cinta Lebih Dari Itu..


Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak,cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepadabelaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencaricinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya keranamanusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membacailmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiadadiberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manus iaitu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
love small Sebenarnya Cinta Lebih Dari Itu..

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankanatau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


p/s : tapi cinta datang dengan sendirinya . .

CINTA??ape tu ...


dakwah itu cinta2 Apakah Sebenarnya CINTA?
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dada? Itu bukan CINTA, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan CINTA, itu NAFSU.
.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahuia ada di sana? Itu bukan CINTA, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan CINTA, itu KESETIAAN.
.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA.
.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan CINTA, itu DUSTA.
.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI.
cinta burung Apakah Sebenarnya CINTA?
Tetapi..
.
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami.. Menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA. Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA. Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuhjiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA.


p/s : cari la cinta yang sejati :)

TIPS TIPS :)

Hate Choosing    by Bubel Coyot Panduan Mencari Jodoh Yang Baik
Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi dalam proses mencari pasangan hidup, kita dibenarkan untuk merisik pasangan hidup kita. Sebenarnya merisik dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

Untuk lelaki yang mahu mencari bakal isteri..

(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasak – masaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada bujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk wanita yang mahu menerima cinta lelaki..

(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerana aurat suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri.

(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

p/s : renungkanlah :)

3,2,1 CINTA . .


3 2 1 cinta 3,2,1 CINTA

3 2 1 cinta!!
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
321 cinta 1 3,2,1 CINTA
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.

Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam.

Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya. Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda 16 JUN ini.



Preview Filem 3,2,1 Cinta

 movie ni la yang terakhir cik ira tgk ngn si die dulu .. hee byk kenangan an an an .. well, ape2 pon hidup perlu diteruskan!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...