Thursday, May 12, 2011

Don't let it go.ok!!!!

                                                                         
"SESEORANG ITU AKAN MENGHARGAI BILE DIE KEHILANGAN ORANG YANG DIE SAYANG"."


Gemar mendengarkan pepatah lama ini... walaupun ianya agak lama, tapi cerita berkenaan pepatah ini memang sangat wujud..

Memang fitrah manusia, yang selalu lupa dan leka... walaupun mereka rasa, mereka ini terlalu "responsibility" tapi hakikat sebenarnya mereka gagal..
Manusia mudah ego bila berhadapan dengan kesalahan sendiri.. berhadapan dengan diri sendiri pun mereka ini "lose" - ego la senang cite..
Jadi mana letak nya rasa cinta dan kasih sayang itu? Katanya kita sayang, katanya kita kasih. tapi kita tidak berani mengaku kesalahan kita, malah sanggup menitis kan air mata orang yang kita tak boleh hidup tanpa nya...

Bila kita kehilangan, baru kita tahu nilai cinta sebenar. Kita boleh ego di depan dunia, tapi kita pasti akan kalah saat kita keseorangan.

Susahkan nak mengalah? kenapa ye?
Jangan biarkan perasaan "egois" itu..
Lembut kan hati, lembutkan jiwe.

" Mengaku jela!! "

ingatlah, Takkan ada manusia mampu melawan perasaan cinta kasih nya terhadap seseorang, Bila ada cinta, itu maknanya kita tahu menjaga anugerah yang Allah bagi.

Sakitnya jika kehilangan, jadi jagalah si dia dengan sepenuh daya kita.
Hargailah selagi ia masih ada... Jangan biakan jatuh airmata nya.. Cuba bahagiakan selagi
ada daya kita.. kerana dia begitu beharga..

Setiap kesilapan akan terhakis dengan kemaafan. Setiap Kasih sayang akan di balas dengan cinta yang murni.
Jangan bimbang jika tidak d'hargai, kerana Allah sudah janjikan, Bahawa, kebaikan akan d'Balas dengan kebaikan. jadi Jangan terlalu Egois.
 
p/s: jgn jdi cam cik iera ea=)

Wednesday, May 11, 2011

wahai lelaki...sila la tahu ea..



Andai lelaki tahu...Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.





1.

benda yang aku benci kat lelaki!!

BOY!! FOR YOUR INFORMATION K=))
 
Panas Baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

 Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki memandang wanita lain.

Main Kayu Tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tetapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

Tidak Sensitif Perasaan Wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
 
Pentingkan Kawan-Kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Meninggikan Suara
Gemar meninggikan suara sekadar menunjukkan ego. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
 
Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.
 
TQ FOR READ=D 
 


Tuesday, May 10, 2011

st0ry pasal member2 aku=D

Tiba masa untuk berentry=))

 entry kali ni pulak nak story fasal member2 aku yang paling best!! + ngokngek + giler dll . .
  nama member2 aku yg sku nk introduce kan ialah are-in ,, honey ,, r'mie ,, kayen ,, qienah n shiera.
 nak kenal x dgn name2 yg aku mention tuuuuu??? haaa nk knl n tau citer fasal dorang kne la sabar=) 









 First aku cite yang ni la ye,, nie name dye Zulain tp aku panggil dye ain.first aku kenal ain 13hb 7, 2010 haaa tarikh tu la mula aku daftar kolej n masuk rumah sewa.ain nie la housemate aku n roommate aku.Aku dgn ain nie memang rapat la tidur pun rapat2.'jgn pikir bkn2 ea=)'ain nie kwn dgn die mmg best la nak2 time aku suruh jd bibik aku.hahahha!!!! oups!!! xla..ira sayang ain la=D skg aku dah stdy sem2 w'pon kiteorg dah tukar rumah lain,tapi roommate aku xberubah.ain tetap ade=)) hope frendshp aku dgn ain sampai bile2 k..
AMINNNNN...... 



 Yg nie pulak name dye nurhani tp aku panggil hani je.hani pon nak di ikiutkan story same je cam ain td tu.cume hani nie..hmmm ntah la.hani pun housemate aku sem1 n aku kenal die pon 13 hb 7 2010 n kiteorg rupenya satu kos n satu kelas=))tp hani bkn roommate aku r.sem2 kiteorg dah tukar rumah bru dye jadi    roomate aku ngn ain.tapiiiiiiiiii....skjap je..hani tukar bilik lain tapi dalam rumah yg same r=p cuma hani katenya toilet lam bilik aku ni lepas banyak..eeeeeeeeeeiiyuuu time dye serang haaa ngalah kiteorg lari dari bilik.aku suka kacau hani nanti hani ckp'eeeeee ira kuat ngosek;hahaha!!! 'eeeeeeee ira kuat nyenyeh!!'hahahha!!!! bile dye da bosan layan aku nanti dye ckp la 'eeeeeeeee rezak r g ni'hahaha!! hani skg dah jadi roommate r'mie n kayen.nk taw sal dorg pulak??haaa klik bawah ag=)
 aku sayang hani...hope kiteorg jd kawan sampai bile2!! love u!





ha yang cik ayu ni nme dye amizah aziz.tpiiii aku panggil r'mie je.kalau nmpk dye mmh cam rock tp rupenya selembut kapas.r'mie aku knl dgn dye lmbat 2 hari ckit bab kiteorg bkn housemate kite org same kls sem1.tp sem2 kite org nk duk serumah wahhhhh best taw.kwn ngn r'mie nostalgia nie.knp??adela haha!!!r'mie ni peramah gile semua org dye tego.lau ade mslh ngadu ngn r'mie best jugak.r'mie nie dye memahami semua kwn2 dye lau blh semua dye nk kwn2 dye happy je lau ade mslh dye la yg bg motivasi pendek kate cam ustazah la.aku pon harap persahabatan aku ngn r'mie kekal sampai bile2.saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang r'mie sesangat=)






okeh!! setel 3org dah=) yang ke4 nie pulak nie name dye sakinah roslan tapi nickname dye qiena je=) cantik x??haaa aku knl ngn qiena nie lambat cikit bab aku bkn housemate ngn dye n bkn sekelas ngn dye.aku kenal ngn dye may dah akhir2 sem1 kot tapiiiii kiteorang start rapat bermula sem2 bab kiteorg dah sepakat nak jadi housemate.haaaa qiena nie la selalu bergabung suara gelak ngn aku hahaha sampai makcik sblh rumh siap sound2 ag suruh diam=)qiena ni manja sesangat hati dye cam kapas tp bkn gula2 kapas ea=)haha!!!nk2 time dye meraung hahaha olololololololololoooo hik2.. harap ira ngn qiena jd kwn sampai bile2 ea..t kawin dgn b jgn lupe ajak ira ea=p n bahagia dgn insan yg dah muncul n bahagiakan hidup qiena..AMINNNNNNNNN...




yang nie name dye wong ka yen hahaha kisah dye same ngn r'mie kite org start knl n jumpe.bab kite orang sekelas tp tak serumah.sem 2 baru kite jd housemate=) nie la cikgu cine aku,"E ER SAN SEL LIEW CHIE PAK SHIEW hahahaha byk la aku da blajr ngn dye sampai dye mara2 aku hukhuk =, ( bab salah sebut.tapi kayen best r jugak dye layan je kepala aku.ayat dye slalu ckp kt aku'ish2 awk nie ira suka kacau org'hahahha!!!! kayen2....kayen selalu merajuk bab aku n the geng slalu ejek dye ckp.tp kiteorg still frend.4 ever taw kayen!!!=)





4 the last housemate aku ialah...........norashira omar=p .kisah yang nie lak same ngn kisah qienah.sem2 kiteorg baru jadi housemate n baru rapat.haaa shira nie cian dye shira tak sihat=( tapi shira x tunjuk pon kat org.shira pon jns kawan yg memahami.first aku nmpk dye kt kolej arghhh kerek betol muka dye last2 x sangka aku boleh duduk serumah ngan dye jugak akhirnya.ape bak kate org putih"don't judge book with his cover" haaa hihihihi sepatutnya kite kne knl dlu,aku harap shira ni x sdih2 ag r bab dye selalu ade masaalah percintaan.sabar ea shira jodoh dah di tetapkan taw cuma kite je x taw jodoh kie,kite sabar je=)ramai org yg syg shira termasuk ira!! hehe=) kite kwn sampai bile2 ea=D

HOPE KITE FREND SAMPAI BILE2 TAW.SEM3 KITE XJUMPE DA SEMUA BUZY DGN PRAKTIKAL.INSYAALLAH SEM4 KITE JUMPE AG K.SAYANG SGT KT KORUNG SEMUA!!!
 


Monday, May 9, 2011

Mother's Day . .

Hari ni 8/5/2011 iaitu hari ibu!!! 
Happy Mother's day to mamita ku Puan Zainah =D.. n untuk kedua kakak ku yang dah bergelar ibu..huhu ank korunk kecik ag so aku tlg wish kan=).. untuk mummy ku,, tq bebanyak bab dah membesarkan anakmu ini n melayan kedegilan,kenakalan anakmu ini yang keras kepala huhu..n tq jugak bab sentiasa berada di samping ankmu ini dikala anakmu ini kesakitan walaupon terpaksa bangun tengah2 malam bangun tidur semata mata nk bawak g hospital..sayang mummy sesangat taw!!!! jasa mu akan dikenang sampai bila2..tiada siapa blh ganti tempat mummy di hati ku=)MWUAHHHHHHH!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...