Thursday, August 4, 2011

cintailah kerana kekurangan . .

“cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”

"cintai kerana kekurangannya.."

p/s : xde yang perfect dalam dunia ni .. tapi yg xperfect akn jadi perfect but yg perfect akn jatuh .. nilai lah .

sebenarnya,, CINTA LEBIH DARI ITU . .

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta.Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini Pakar Cinta ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta dengan lebih lanjut.
whatislove Sebenarnya Cinta Lebih Dari Itu..


Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak,cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepadabelaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencaricinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya keranamanusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membacailmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiadadiberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manus iaitu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
love small Sebenarnya Cinta Lebih Dari Itu..

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankanatau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


p/s : tapi cinta datang dengan sendirinya . .

CINTA??ape tu ...


dakwah itu cinta2 Apakah Sebenarnya CINTA?
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dada? Itu bukan CINTA, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan CINTA, itu NAFSU.
.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahuia ada di sana? Itu bukan CINTA, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan CINTA, itu KESETIAAN.
.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA.
.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan CINTA, itu DUSTA.
.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI.
cinta burung Apakah Sebenarnya CINTA?
Tetapi..
.
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami.. Menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA. Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA. Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuhjiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA.


p/s : cari la cinta yang sejati :)

TIPS TIPS :)

Hate Choosing    by Bubel Coyot Panduan Mencari Jodoh Yang Baik
Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi dalam proses mencari pasangan hidup, kita dibenarkan untuk merisik pasangan hidup kita. Sebenarnya merisik dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

Untuk lelaki yang mahu mencari bakal isteri..

(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasak – masaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada bujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk wanita yang mahu menerima cinta lelaki..

(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerana aurat suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri.

(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

p/s : renungkanlah :)

3,2,1 CINTA . .


3 2 1 cinta 3,2,1 CINTA

3 2 1 cinta!!
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
321 cinta 1 3,2,1 CINTA
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.

Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam.

Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya. Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda 16 JUN ini.



Preview Filem 3,2,1 Cinta

 movie ni la yang terakhir cik ira tgk ngn si die dulu .. hee byk kenangan an an an .. well, ape2 pon hidup perlu diteruskan!!

Tuesday, August 2, 2011




Tak dapat ku lupakan kenangan silam,
Susah dan senang kita harungi berdua,
Bersumpah setia hidup mati besama,
Sehingga ke penghujungnya….

Tergamak engkau meninggalkan diriku,
Disaat aku memerlukan kasih sayang mu,
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini,
Bersama hati yang telah kau lukai…

Menyesalnya aku menyintai dirimu,
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu,
Kini kau bahgia hidup di sampingnya,
Mudahnya aku kau lupakan…

Betapa sakitnya pedihnya,
Kau kata kau cinta dia,
Mengapa diriku akhirnya,
Menjadi mangsa dalam percintaan…
Oh pilunya…

Terpaksalah aku sendiri,
Mengundurkan diri demi,
Keluargamu mengharapkan,
Agar ku berlalu pergi,
Untuk sidia pilihan hatimu,

Dengan relaku lafazkan,
Selamat tinggal sayang,

Ku doakan agar engkau bahagia…

terima kasih awak ... terima kasih sangat2 awak da buat mcm ni dekat saye .. jgn nk cari salah org lain..cermin la muka awak tu dlu cermin perangai awak tu jugak ea:) saya x mati pon awk buat mcm ni tapi saya bersyukur tuhan bagi petunjuk awal dekat saya .. awak,, percayalah suatu hari nanti lebih sakit awak akan rasa .. time tu saya dah x pernak kenal awak ok?? awak dah mati dalam hidup saya .. :) n ape2 jadi dekat awak pon x perlu nk mention ape2 dekat saya ok :) saya xkan pandang muka awak lagi .. tapi sy xkan menghukum n membalas dekat awak .. biarlah die yang balas ... kan2 ... 

Monday, August 1, 2011

harapan ramadhan . .

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua ..

wahh .. hari ni cik ira tulis entry pada1 ramadhan 1432 hijrah .. maknanya hari ni adalah hari pertama kita menyambut ramadhan al mubarak .. cik ira rasa belum terlambat lagi untuk cik ira ucapkan kepada semua umat islam di dunia ni .. semoga ramadhan kali ni memberi seribu pengertian .. di dalam hidup kita sebagai hambanya di dunia ini :) .. kejarlah,,carilah sebanyak mane pahala dan lakukanlah amalan-amalan yang disuruh . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...