Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan  cinta.Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi  adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini Pakar Cinta  ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta dengan lebih lanjut.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak,cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir  ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula  dari cinta kepadabelaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan  akhirnya setelah puas mencaricinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan  Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta  sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan  menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa  itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa  kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling  memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk  menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah  dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia  cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari  diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang  dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai  dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal  balik sifatnya keranamanusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi  juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya  khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.  Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada  ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta  tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia  boleh jatuh cinta tanpa membacailmiah atau novel tentang cinta. Mereka  tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak  tahu akan peraturan cinta jika tiadadiberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh  layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar  cinta, berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,  benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.  Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai  orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap  hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya  cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan  cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.  Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka  yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.  Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang  tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta  itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah  sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia  senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja  ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana  sifat cinta yang mempersona ini selalunya manus iaitu berbuat silap bila  bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya dan nampak  cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta  itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu  walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona  cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa  dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha  Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta? 
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu  ialah mengorbankanatau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.  Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi  nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang  dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda  bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang  dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat  sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
p/s : tapi cinta datang dengan sendirinya . .
No comments:
Post a Comment