Andai lelaki tahu...Apabila  seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya  segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila  seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia  lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai  lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila  seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya  tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan  menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka  jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada  seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat  anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak  mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,  bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak  sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak  kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau  sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang  diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik  untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu  dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan  perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak  menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan  hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.  Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya  kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh  mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya  memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,  percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih  baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi  dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan  kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena  caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam  masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud  menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya  sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari  anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan  sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang  paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri  anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya  Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang  tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling  melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah  indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan  yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.  Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan  tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat  lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang  perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan  sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan  membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi  perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
1.
No comments:
Post a Comment